KATEGORY AYAM SERAMA

Orang selalu memperkatakan tentang AYAM SERAMA ini berpatokan kepada kategori seperti SERAMA “A” , “B” maupun “C”. Banyak yang terkeliru dan ini banyak diambil kesempatan oleh para penjual SERAMA yang tidak AMANAH yang mengakui bahawa AYAM SERAMA yang mereka jual adalah dari kategori terbaik samada SERAMA “A” atau “B”.

Sebenarnya kategori SERAMA “A”, “B” maupun “Z” sekalipun bukanlah satu kaedah yang tepat untuk mendefinasikan kategori AYAM SERAMA tersebut. Pembagian kategori “A” atau “B” ini digunakan hanyalah sewaktu didalam satu satu pertandingan saja. Ia digunakan untuk membedakan berat badan AYAM SERAMA itu saja. Malah kalau AYAM KAPAN itu sendiri pun sekiranya di “diet” kan akan melayakkannya dimasukkan kedalam kategori SERAMA “A” dimana berat yang kurang dari 360 gram. Sebab itulah kalau kita perhatikan disatu satu pertandingan tahap keupayaan AYAM SERAMA yang menduduki tempat pertama dengan AYAM SERAMA yang mendapat markah terendah adalah amat jauh sekali, lebih lebih lagi kalau pertandingan yang diadakan disebelah pantai barat ini. Ini semua berlaku kerana terdapatnya tuan punya AYAM SERAMA yang bukan AYAM SERAMA sebenar atau TULEN turut serta dan disebabkan berat ayam mereka kurang 360 gram maka dengan sendirinya ayam tersebut layak memasuki kategori SERAMA “A”.

Maka terlihatlah kita sewaktu Juri menilai pertandingan itu, terdapatnya ayam ayam serama yang tidak berupaya sama sekali beraksi. Samada ayam tersebut sibuk mencoba turun dari atas meja kontes atau pun ayam tersebut hanya diam tanpa aksi, prihal ayam tersebut berada didalam ketegori SERAMA “A”. Saya rasa ini harus diambil perhatian khusus oleh pihak pihak tertentu didalam menilai atau mengkategorikan ayam ayam serama yang masuk bertanding mengikut kategori sebenar dan bukannya kategori mengikut berat ayam tersebut. Daripada pengamatan dan soal selidik yang saya lakukan AYAM SERAMA ini boleh kita KATEGORIkan mengikut asal usul dan dengan cara mana bakal itu dihasilkan. Disini saya lebih bincangkan kategori AYAM SERAMA dan bukannya AYAM KAPAN, KATE dan yang sejenisnya.

1. AYAM SERAMA BIASA / BHARA / SERAPAN :

Terbagi 2 bagian

1. SERAMA KAPAL SELAM - Jenis ini adalah jenis yang paling bail sekali, ia tidak berupaya langsung untuk beraksi dan bila kita lihat ia berjalan, keadaan badannya seolah olah seperti sebuah KAPAL SELAM …. merayap aja !!!! Kalau dimasukkan kekategori AYAM KAPAN pun tidak boleh sebab bagi AYAM KAPAN pun ada kategorinya tersendiri. Saya tidak menggalakkan kepada peminat peminat baru untuk membeli serama dari jenis ini karana bentuknya yang tidak menarik langsung untuk dijadikan hewan kesayangan (PETS) ataupun untuk dijual bakalnya nanti. Jenis ini sebenar adalah hasil dari silangan tanpa dilihat bagusnya silangan SERAMA BIASA ini sendiri dengan AYAM KAPAN, KATE ataupun AYAM HUTAN dan lebih baik lagi kalau dengan AYAM KAMPUNG.

2. SERAMA SEMI SUPER – Jenis ini adalah jenis yang paling banyak sekali dimiliki oleh peminat peminat ayam serama terutama di Lembah Klang. Kebanyakkan rumah rumah di Lembah Klang yang mempunyai AYAM SERAMA telah saya lawati memiliki serama dari jenis ini. Dan serama jenis inilah yang paling banyak sekali mewarnai setiap pertandingan serama terutama disebelah pantai barat ini. Jenis ini mempunyai bentuk badan / aksi yang agak menarik dan bagi orang yang tidak pernah melihat aksi / gaya serama tulen bergaya, sudah pasti mereka akan mengatakan ayam tersebut adalah AYAM SERAMA sebenar. berat badannya kurang 360 gram maka teruslah dikenali dengan panggilan SERAMA “A” …!!! Dari jenis ini jugalah kebanyakkan peminat peminat serama melatihnya untuk mendada, samata-mata dengan cara memasukkannya didalam KOTAK I.S.A ataupun dengan cara melatih dari kecil lagi (cara ini agak Brutal). Memang diakui kebanyakkan dari jenis ini mempunyai warna yang amat menarik dan kebanyakkannya menyerupai SERAMA TULEN tetapi aksinya terbatas. Bagi peminat peminat serama yang baru, saya galakkan mereka mencoba belajar membedakan serama dari jenis ini. Dengan harga yang sepantasnya, bolehlah dipraktekkan segala ilmu serama itu pada serama jenis ini.

AYAM SERAMA SUPER dibagi 2 bagian:

1. SERAMA SUPER TIDAK TULEN – Jenis ini mewarisi hampir 80 % ke 90 % sifat – sifat AYAM SERAMA. diharapkan beraksi dengan galak. Banyak juga saya dapati pertandingan pertandingan yang diadakan telah dimenangi oleh serama jenis ini tetapi sekiranya pada hari pertandingan itu turut disertai oleh AYAM SERAMA, pasti kita akan dapat membedakan kekurangannya.

2. SERAMA SUPER TULIN –Sikap, aksi, warna dan bentuk badan jenis inilah yang dinamakan SERAMA. Kalau dilihat akan aksinya kadang – kadang sampai kita sendiri tidak percaya dimana ia seolah olah suka dipertontonkan oleh orang banyak. Lagi kita pandang, lagi ia akan bergaya dengan bergoyang goyang menarik kepalanya kebelakang, sambil menarik narik dadanya kedepan dan kadang kadang berputar putar.

Template by : Joeyanie www.seramamalang.com